DI BULAN SYAWAL YANG PENUH KESYUKURAN DAN KEGEMBIRAAN INI, MARILAH BERINFAQ UNTUK PEMBANGUNAN DARUL AL MUSTHOFA
"Jangan tinggalkan amalan di bulan Ramadan, bawalah amalan tersebut di bulan Syawal. Semoga kehidupan kita diberkati Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal Alamin"

Penubuhan DARUL AL MUSTHOFA bertujuan untuk menjadi pusat penyebaran ilmu dalam melahirkan para hafiz dan para alim yang berkualiti dari segi ilmu dan amalan.
DARUL AL MUSTHOFA ditubuhkan oleh Ustaz Wan Zulkhairi Bin Wan Mustafa dan mula beroperasi pada tahun 2010 dengan serba kekurangan.
Silibus dan modul pelajaran ialah Iqra dan tajwid/tahfi untuk pelajar berumur di antara 7 hingga 16 tahun.
DARUL AL MUSTHOFA sekarang beroperasi di bangunan rumah sewa yang uzur, atap yang bocor, dinding yang sudah kena makan anai-anai dan hanya menunggu masa untuk roboh.
Ia tidak mampu untuk menampung kemasukan pelajar sekarang yang semakin ramai.

SASARAN DANA

Sasaran dana yang diperlukan bagi utuk FASA 1 untuk pembinaan dan pembangunan DARUL AL MUSTHOFA ialah RM 2.6 JUTA.
Dana ini akan digunakan bagi pembinaan bangunan sekolah yang baru termasuk bilik kuliah, asrama, dewan, surau dan operasi. Pecahan dan untuk FASA 1 adalah seperti berikut:
✅ Bangunan sekolah berjumlah RM800K
✅ Asrama berjumlah RM600K
✅ Dewan berjumlah RM500K
✅ Surau berjumlah RM650K
BAGAIMANA ANDA BOLEH BANTU KAMI?
Kami amat berbesar hati sekiranya tuan puan bermurah hati, membantu kami untuk pembangunan sekolah kami ini.
Hanya Allah sahaja yang layak memberikan syurga Al-Firdaus serta keredhaanNya ke atas tuan puan sekalian.
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
Anda yang dermawan dan budiman, kami merayu mohon bantulah kami dalam pembinaan pusat tahfiz ini!
